
Dashboard.e-online PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA PILAH
(Panduan pengendalian atas talian e-online pendidikan)

PN SYAZLINA BT ABDUL AZIZ
Penolong PPD Unit Latihan

KANDUNGAN SISTEM eSPLG
Sistem ini terbahagi kepada DUA bahagian iaitu bahagian Modul SULDP SPLG dan Modul individu SPLG.
Modul SULDP
1. e-SPLG diurus oleh Setiausaha Latihan Dalam perkhidmatan
sekolah yang dilantik oleh pihak pentadbir sekolah.
2. Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan Sekolah (LDP) yang
akan mengisi modul SULDP dalam perkhidmatan untuk
pendaftaran dan permohonan kursus untuk semua guru dan
kakitangan sekolah.
3. Pengisian data boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun, tiada
tempoh yang ditetapkan (bergantung kepada makluman daripada
administrator SPLG).
4. Setiausaha perlu menguruskan data kursus dalam perkhidmatan
di sekolah dari semasa ke semasa.
5. ID untuk log in menggunakan kod sekolah dan katalaluan
menggunakan kod nombor yang sama bagi setiap sekolah iaitu
6644.
6. Modul ini juga digunakan oleh Penyelaras LDP di peringkat
bahagian ,Jabatan, PPD dan sekolah untuk mengurus kursus-
kursus yang dilaksanakan secara berkumpulan (school based).
7. Jika berlaku sebarang kesulitan untuk log in ke modul individu, sila
hubungi Unit Latihan PPDKP di nombor 06-4821860 atau ke
sektor Latihan ICT,Bahagian Pendidikan Guru di nombor
03-8884 1052/1053/1071/1072 )
Modul INDIVIDU
1.Modul Individu digunakan untuk merekod maklumat kepakaran
(e-profile) merekod kursus-kursus luar (KKL) dan merekod
'Book Review' (BR) yang dilaksanakan oleh setiap individu.
2. Kursus-kursus dan 'Book Review' (BR) yang di 'key in' menerusi
modul individu perlu disemak dan disokong oleh SULDP/Ketua
Jabatan bagi membolehkan ia dipaparkan dalam pelaporan
digital.
3. Ketua jabatan juga diminta membuat pengesahan data dan
maklumat e - profile yang dikemaskini melalui Modul Individu
menerusi modul SULDP.
CARA LOG IN
1. Bahagian SULDP menggunakan kod sekolah dan katalaluan
6644.
2. Bahagian INDIVIDU menggunakan nombor kad pengenalan
sendiri.
3. Jika berlaku sebarang kesulitan untuk log in, sila hubungi Unit
Latihan PPDKP di nombor 06-4821860 atau ke sektor Latihan
ICT,Bahagian Pendidikan Guru di nombor 03-8884 1052/1053
/1071/1072 )
MAKLUMAN
1. Sekiranya gagal untuk mengakses ke eSPLG dalam masa
kesibukan dalam talian maka pihak sekolah diminta mengakses
pada waktu atau hari yang berikutnya.
BAHAN EDARAN
Tempoh masa: Boleh diisi bila-bila masa sepanjang tahun.