
Dashboard.e-online PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA PILAH
(Panduan pengendalian atas talian e-online pendidikan)

HJH NORMALA BT TOMADI
Penolong PPD J-Qaf

KANDUNGAN SISTEM e- PELAPORAN J-QAF
a. Dalam sistem ini terdapat modul-modul yang disediakan
untuk menguji dan mengenalpasti tahap pencapaian murid sekolah
rendah.
b. Data-data tersebut boleh di muat turun dan dengan
menggunakan program Excel, pengguna dapat
membuat rumusan berdasarkan data yang dimasukkan.
CARA LOG IN
a. Setiap sekolah telah diberi kata kekunci dan kata laluan untuk
memasuki sistem ini.
b. Sistem ini untuk makluman dan tindakan guru j-QAF.
c. Untuk mendapat maklumat, sila klik butang e-pelaporan j-QAF.
d. Tarikh akan ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
JANGKAMASA:
6 bulan pertama diisi pada bulan Jun
6 bulan kedua diisi pada bulan Oktober

KANDUNGAN SISTEM PKSR (Arab/Jawi)
a. Dalam sistem ini mengandungi soalan-soalan pengujian PKSR
berdasarkan kepada tahap pencapaian murid tahun 4,5 dan 6.
b. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah atau ringkasnya PKSR hanya
untuk 6 bulan kedua 2014 bagi matapelajaran Bahasa Arab dan
Jawi khusus untuk tahun 4,5 dan 6 bagi tahun 2014.
c. Untuk tahun 1,2 dan 3 pihak sekolah hanya perlu melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
d. Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus kepada:
En. Yusri bin Mohd Akhir
Penolong Pengarah j-QAF, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan di talian : 06-7653621
CARA LOG IN
a. Kata kekunci dan kata laluan terdapat pada surat siaran yang telah
diedarkan kepada semua sekolah atau boleh rujuk kepada
Penyelia Pendidikan Islam PPD Kuala Pilah.
b. Untuk memasuki sistem ini sila klik butang PKSR (Arab/Jawi)
c. Sistem ini untuk makluman dan tindakan guru j-QAF.
JANGKAMASA:
6 bulan kedua 2014