
Dashboard.e-online PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA PILAH
(Panduan pengendalian atas talian e-online pendidikan)

EN MOHD NOOR BIN RAMLI
Pegawai FasiLINUS

KANDUNGAN SISTEM NKRA
Program Literasi dan Numerasi atau dikenali sebagai LINUS, NKRA ialah akronim bagi "Literacy and Numeracy Screening" merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan kemahiran asas numerasi semasa ditahap 1 sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M; Membaca, menulis dan mengira.
FAKTOR UTAMA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM LINUS
1. Guru permulihan LINUS (1:15 murid)
2. Mewujudkan jawatan Pegawai FasiLINUS di PPD (1:30 sekolah)
3. Semua sekolah mesti menyertai Program LINUS ini.
4. Meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui latihan dalam
perkhidmatan dan latihan pra-perkhidmatan.
5. Pemantauan berterusan oleh pihak KPM/JPN/PPD/SEKOLAH.
CARA PERLAKSANAAN NKRA
1. Portal ini hendaklah diisi oleh Penyelaras LINUS atau Guru
LINUS pada setiap kali selepas selesai membuat saringan Lisan
dan bertulis LINUS.
2.Penyelaras LINUS atau Guru LINUS perlu memastikan setiap murid
termasuk murid Arus Perdana disaring dan dimasukkan data ke
dalam Portal NKRA LINUS.
3. Pastikan setiap konstruk dalam portal tersebut ditanda dengan
betul.
4. Jika terdapat murid yang baru hendaklah memilih butang
'Tambah Murid' dalam sistem tersebut.
5, Penyelaras LINUS atau Guru LINUS hendaklah memastikan murid
yang telah berpindah sekolah dikeluarkan dalam sistem ini
dengan klik pada butang 'dustbin'.
6. Mulai tahun 2013, saringan LINUS adalah DUA kali setahun.
7. Semua murid tahun 1,2 dan 3 akan disaring walaupun telah berada
di dalam kumpulan Arus Perdana.
8. Murid Arus Perdana adalah murid yang menguasai 12 konstruk
dalam Literasi dan Numerasi.
CARA LOG IN
1. Untuk memasuki sistem ini, perlu ada ID dan katalaluan. ID
mengikut kod sekolah dan katalaluan mengikut sekolah
masing-masing.
2. Jika pihak sekolah lupa katalaluan hendaklah merujuk kepada
Pegawai FasiLINUS di PPD Kuala Pilah.
3. Pastikan semasa pengisian data Penyelaras LINUS atau Guru
LINUS hendaklah mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan
untuk menggelakkan kesesakan laluan talian.
4. Cuba elakkan daripada saat-saat yang akhir untuk mengisi data.
5. Tarikh dan masa akan ditentukan oleh pihak Lembaga
Peperiksaan Malaysia atau makluman melalui PPD Kuala Pilah.
6. Sebarang masalah, sila rujuk Pegawai FasiLINUS di PPD Kuala
Pilah.