
Dashboard.e-online PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA PILAH
(Panduan pengendalian atas talian e-online pendidikan)

PN KAMALIAH BT TAJUL ARUS
Penolong Akauntan

KANDUNGAN PERISIAN E-SPKB
1. Sistem ini digunakan untuk bayaran gaji guru, pekerja sambilan,
guru ganti dan guru bersara.
2. Pembantu tadbir atau pembantu akauntan yang mengendalikan
sistem ini.
3. Sekolah yang bertaraf PTJ dan yang menggunakan bayaran
sistem elektronik diberi khusus untuk mengendalikan sistem ini.
4. Sistem ini dibuka sepanjang tahun, pihak AG akan memberitahu
ketika masa penutupan akaun tahunan.
5. Waran peruntukan dari JPN atau KPM akan di muat turun
didalam sistem ini termasuk kerja-kerja pembangunan.
6. Setiap kerja-kerja yang telah diselenggarakan juga dikeluarkan
melalui pesanan kerajaan termasuklah vaucher bayaran
termasuk tuntutan perjalanan, invoice tanpa pesanan tempatan
dan utiliti juga melalui sistem ini termasuk juga Vaucher jernal
yang dikeluarkan untuk pelarasan.
8. Untuk pengurusan kewangan, perlu menggunakan smart card
yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU. Hanya tiga orang yang
meluluskan peruntukan menggunakan kad ini.
9. Untuk memasuki capaian sistem ini perlu memohon kepada
Jabatan Akauntan Negara Negeri Sembilan.
10. Id dan katalaluan diberi kepada Pembantu Tadbir atau
Pembantu Akauntan untuk mengurus dalam sistem ini. Jika
terlupa hendaklah merujuk kepada Jabatan Akauntan Negara
Negeri Sembilan.
CARA LOG IN
1. Hanya Pembantu Tadbir atau Pembantu Akauntan yang di beri
mandat oleh pihak pentadbir sahaja yang akan mengendalikan
sistem ini.
2. ID dan katalaluan di tentukan oleh pihak tadbir itu sendiri.
3. Untuk pembayaran memerlukan SMART CARD yang
menggunakan katalaluannya sendiri dan hanya diberi dua kali
cubaan untuk mengaktifkannya.
4. Sebarang masalah sila rujuk kepada unit kewangan Jabatan
Pelajaran Daerah Kuala Pilah.
JANGKA MASA: Jabatan Akauntan Negera Negeri Sembilan akan memaklumkan tarikh pelaksanaan atau sila layari laman E-SPKB.
KANDUNGAN PERISIAN E-PEROLEHAN
1. Sistem ini digunakan untuk tujuan mengeluarkan pesanan
kerajaan dan pemberitahuan kerja-kerja yang dikeluarkan oleh
pihak yang berkenaan.
2. Pengguna perlu ada Smart Card atau Dongle yang dikeluarkan
oleh pihak MAMPU yang mempunyai sah laku selama 2 tahun
untuk memasuki sistem ini.
3. Tiga orang yang telah dilantik oleh pihak pentadbir yang
meluluskan peruntukan perbelanjaan.
CARA LOG IN
1. Perlu ada Smart Card atau Dongle.
2. ID dan katalaluan oleh pihak pentadbir.
JANGKA MASA: PPD akan memaklumkan tarikh yang ditetapkan atau sila layari laman e-Perolehan.
KANDUNGAN SISTEM E-TERIMAAN
1. Penerimaan bayaran atau hasil yang bukan dibuat melalui
potongan gaji.
2. Gaji yang terlebih bayar atau pembayaran penggunaan premis
kerajaan (Quaters) juga dimasukkan ke dalam sistem ini.
3. Juga termasuk kepada pelupusan aset kerajaan yang diterima
bayaran.
4. Ia juga boleh mengeluarkan laporan untuk dijana dan dicetak.
5. Hanya sekolah yang diwartakan sahaja yang mempuyai
e-terimaan. Contoh: SMK Za'aba
6. Selain daripada itu, semua terimaan pembayaran hendaklah
melalui PPD Kuala Pilah di Unit Kewangan.
CARA LOG IN
1. ID dan katalaluan oleh pihak pentadbir.
JANGKA MASA: PPD akan memaklumkan tarikh yang ditetapkan atau sila layari laman e-Terimaan.
KANDUNGAN SISTEM E-PENYATA GAJI
1. Jabatan Akauntan Negara yang menguruskan sistem ini.
2. Pengguna hanya dapat melihat penyata gaji dan pendapatan
tahunan.
3. Untuk memasuki sistem ini pengguna perlu menaip nombor kad
pengenalannya sendiri.
4. Kerani kewangan perlu membuat permohonan ke Akauntan Negara
untuk mendapatkan capaian penyata gaji guru dan kakitangan
sekolah.
CARA LOG IN
1. ID dan katalaluan menggunakan kad pengenalan sendiri
(individu)
2. Kerani kewangan mendapat ID dan Katalaluan melalui pemohonan
ke Jabatan Akauntan Negara Negeri Sembilan.
JANGKA MASA: PPD akan memaklumkan tarikh yang ditetapkan atau sila layari laman e-Penyata gaji.