
Dashboard.e-online PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA PILAH
(Panduan pengendalian atas talian e-online pendidikan)

M.RAMLEE BIN KAMARUDIN
Penyelia Maklumat & ICT


EMiS ONLINE
KANDUNGAN SISTEM EMiS
- Mengandungi data maklumat sekolah, profile guru, murid,
jawatan, status sekolah dan guru. Sistem ini diguna oleh semua
kementerian sebagai bahan rujukan.
- Sistem pengurusan maklumat yang perlu dikemaskini oleh guru data
sekolah pada setiap bulan.
- Maklumat boleh dimuat turun secara online.

SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)
KANDUNGAN SISTEM SSM
- Sistem ini juga dikenali sebagai Sistem SARA yang digunakan oleh
semua sekolah di Negeri Sembilan bagi mengisi data Laporan Nilai
Prestasi untuk guru dan bukan guru.
- Sistem ini digunakan pada setiap penghujung tahun (Oktober) bagi
mengisi markah prestasi setiap individu di sekolah.
- Maklumat diisi dengan menggunakan disket yang dibekalkan kepada
semua sekolah.
CARA PENGENDALIAN PERISIAN EMiS ONLINE
1. Setiap sekolah telah diberi nombor Log In dan kata laluan untuk
memasuki perisian ini.
2. Perisian Emis Online ini adalah tanggung jawab Guru Data pada
setiap sekolah.
3. Data hendaklah lengkap dan kemaskini berdasarkan perubahan
semasa.
4. Sebarang data yang tidak lengkap akan menjadi RALAT dan
perlu dikemaskini oleh guru data dengan segera.
5. Guru Data hendaklah mengisi data terkini dengan lengkap pada
minggu pertama pada setiap tahun persekolahan mula dibuka.
6. Enrolmen murid akan di reset oleh pihak kementerian pada setiap
penghujung bulan Disember.
7. PPD akan memaklumkan kepada sekolah yang tidak kemaskini
data dan tidak lengkap.
8. Pastikan guru atau bukan guru yang keluar masuk hendaklah
sentiasa dikemaskini untuk menggelakkan dari RALAT.
9. Panduan pengguna boleh muat turun melalui butang yang
terdapat di bawah ini.
CARA LOG IN
1. Setiap sekolah akan dibekalkan satu disket yang mengandungi
sistem SSM untuk diisi markah bagi setiap orang guru dan bukan
guru di sekolah dengan menggunakan Log in dan kata laluan
sekolah.
2. Satu taklimat akan diberikan oleh PPD kepada semua sekolah di
Daerah masing-masing pada tarikh yang ditetapkan.
3. Pihak sekolah diberi masa selama SATU MINGGU untuk mengisi
markah dan dikembalikan semula disket yang telah dimuat turun
markah (LNPT) ke PPD masing-masing.
TEMPOH MASA * Satu minggu pada setiap bulan Oktober.
TEMPOH MASA * Sepanjang tahun * Kemaskini setiap bulan